NEGARAKU Peringkat Wilayah Persekutuan
14 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mei 2017, hari Sabtu bertempat di Padang Pusat Komuniti Presint 9, Putrajaya, Kementerian Penerangan Malaysia menganjurkan program “NEGARAKU” Peringkat Wilayah Persekutuan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Program bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Tujuan Pusat Internet menghadiri program NEGARAKU untuk membuka booth dibawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi maklumat kepada pengunjung tentang kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) dalam menyampaikan atau menyalurkan maklumat yang tepat, Check Your Label memberi pendedahan kepada pengunjung untuk memastikan mereka memeriksa keaslian telefon bimbit masing-masin. Selain itu, PI juga memberi pendedahan kepada pengunjung tentang bahayanya menyimpan barangan eletrik yang sudah rosak melalui program e-waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: