Hari Terbuka Pusat Internet Putrajaya 2018
6 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2018 Sabtu, Pusat Internet Putrajaya telah mengadakan program Hari Terbuka Pusat Internet Putrajaya 2018. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet Putrajaya kepada komuniti setempat. Selain itu, Hari Terbuka ini juga dilaksanakan bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh MCMC. Tambahan lagi, Hari Terbuka ini memberi pendedahan serta latihan ICT, latihan keusahawanan dan keselamatan internet kepada komuniti setempat. Ia juga dapat mengeratkan sillaturrahim antara staff pengurusan PI dengan komuniti Putrajaya.
Ia telah berlangsung di Dewan Komuniti Presint 18 R13 Putrajaya. Seramai 212 orang pengunjung telah menghadiri bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz Kahoot ICT, Kelas Asas Solekan, Pertandingan Menghias Cupcake, Typing Race, Word Search, Explorace QR Code, Like Facebook Menarik di Putrajaya & Hulu Langat, Tonton video e-waste dan memberi memberi peranti lama. Usahawan PI juga berkesempatan untuk menjual barangan mereka di booth usahawan. Selain itu, sebanyak 23 barangan elektrik dan hamper disediakan kepada pengunjung yang bertuah.
Hari terbuka ini telah dirasmikan oleh Encik Nasarudin bin Hashim, yang merupakan Pengerusi KRT Presint 18 R13, Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: