Kelas Asas Keusahawanan Perniagaan Atas Talian Bersama Pelajar Giatmara
23 November 2019 | Aktiviti Terkini22 November 2019, Jumaat – Seramai 13 orang pelajar bersama seorang guru pengiring dari Giatmara Putrajaya telah menghadiri kelas keusahawanan dan ICT di Pusat Internet Presint 18. Sesi ini telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Antara aktiviti yang dijalankan dalam modul ini adalah Pengenalan Perniagaan Atas Talian, Tips Perniagaan Melalui Whatsapp Business, Cara-cara meniaga melalui Shoppe Seller, dan Perniagaan Menggunakan Facebook Page. Kelas ini diakhiri dengan permainan Kahoot Kuiz (Klik Dengan Bijak dan Keusahawanan) serta penyampaian sijil kepada semua pelajar Giatmara Putrajaya yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: