Pengenalan Pusat Internet & Advokasi Bersama Giatmara

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2019 (Sabtu) Pusat Internet Putrajaya telah berkolaborasi bersama Giatmara Putrajaya untuk menjalankan Program Pengenalan Pusat Internet & Advoksi Bersama Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi latihan ICT keusahawan serta advokasi kepada para pelajar serta guru-guru Giatmara. Kelebihan mengikuti kelas ini adalah pelajar didedahkan dengan ilmu asas ICTdan ilmu asas keusahawanan.

Selain itu, pelajar juga diberi taklimat advokasi. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pengenalan Pusat Internet Putrajaya, Check Your Label, Tayangan video Klik Dengan Bijak, Taklimat Klik Dengan Bijak – Mengurus Jejak Digital Anda, Kuiz Pemahanan KDB, Sesi penyampaian hadiah dan akhir sekali sesi bergambar bersama pelajar dan guru Giatmara. Seramai 25 orang pelajar dan 3 guru Giatmara telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali