Kelas Microsoft Word - My Calendar 2019
13 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2019 (Sabtu) Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Microsoft Word- My Calendar 2019. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas Microsoft Word kepada para pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Microsoft Word, memilih Template calendar 2019, mencari image dan senarai cuti umum Malaysia menggunakan Google Image, dan mengedit kalendar masing-masing menggunakan kreativiti sendiri. Kemudian, staff pengurusan mencetak hasil-hasil pelajar untuk dibawa pulang. Akhir sekali, pelajar dikehendaki mengemaskini Portal eKelas Maxis untuk tahun 2019. Seramai 6 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: