MIV BERSAMA KOMUNITI SEPTEMBER 2020

14 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 SEPTEMBER 2020 - Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan taklimat berita palsu Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) bersama Komuniti 2020 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bawah program Sukarelawan ICT Malaysia. MIV adalah satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju kearah negara digital (Digital Nation).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada program terbaru dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), ‘ Kebebasan bersuara, Bukan Kebebasan Berbohong’, tayangan video-video program antaranya ‘Fikir Sebelum Bertindak’ dan ‘Semak Fakta’. Seramai 2 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini yang bermula dari pukul 5.30 petang hingga 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas