Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training Day 1
14 April 2022 | Aktiviti Terkini13 April 2022, Rabu – Pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan Kursus secara atas talian bertajuk Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan untuk staf Pusat Ekonomi Digital (PEDI) daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian. Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan telah dihadiri oleh 9 staf pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.
Objektif kursus:
1. Membolehkan peserta berkomunikasi dengan penuh impak.
2. Mengaplikasikan strategi dalam rangkaian yang bermatlamat.
3. Bertukar idea dan informasi bersama individu dan berkumpulan untuk kebaikan bersama.
4. Menghasilkan pembentangan dengan impak yang maksimum.
5. Menyampaikan pembentangan yang memberi impak yang tinggi yang menepati objektif dan membawa hasil.
Semasa sesi kursus berlangsung staf-staf PEDi melakukan ujian Memahami Personaliti Melalui Perangai dan berbincang bersama impak ujian ini dalam komunikasi Kursus ini telah diadakan sebanyak dua sesi sehari, sesi pertama bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan sesi kedua 2:00 sehingga 4:00 petang..
Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan telah disampaikan oleh Puan Cantiynia Ringos dari Redtone Sdn. Bhd
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: