ORAE Februari di PEDi Presint 9 Fasa 3
8 Februari 2023 | Aktiviti Terkini7 Feb 2023, Selasa – Seramai 8 orang peserta lelaki telah mengikuti Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Presint 9 Fasa 3. Peperiksaan ini yang berlangsung selama 1 jam setengah yang bermula pada pukul 2:30 petang sehingga 4:00 petang. Peperiksaan ini telah dikawalselia oleh Pn Rosfarina pegawai daripada MCMC WPSO.
Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.
SKMM merupakan salah sebuah badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan mengendalikan Stesen Radio Amatur dan mempunyai autoriti mengeluarkan lesen bagi mereka yang telah lulus menduduki ujian Peperiksaan Radio Amatur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: