Program Advokasi KafeTEEN@PEDi Siri 2
20 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2023 (Ahad) – PEDi Presint 9 Fasa 10 bersama KafeTEEN Cawangan Putrajaya telah meneruskan siri ke 2 Program Advokasi KafeTEEN@PEDi. Program ini merupakan kesinambungan bagi program yang diadakan pada bulan Oktober bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Program ini juga berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang melibatkan 10 orang peserta lelaki.
Program ini adakan secara atas talian menggunakan platform zoom dan peserta yang yang hadir perlu mendaftarkan diri menggunakan google form yang disediakan. Peserta diminta untuk membuka link yang telah diberikan secara individual untuk memudahkan urusan komunikasi bersama pihak penceramah daripada KafeTeen. Peserta juga boleh bertanya secara langsung atau melalui ruangan chat yang disediakan.
Sebelum sesi berakhir, setiap peserta diminta untuk melengkapkan borang penilaian dan petugas PEDi Presint 9 Fasa 3 memberikan bantuan kepada peserta yang hadir. Melalui penyampaian modul seperti kemahiran teknik penolakan dapat memberikan pendedahan awal kepada peserta sekaligus dapat menambah pengetahuan mereka. Program diakhiri dengan penyerahan goodies dan sesi bergambar petugas PEDi dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: