Program Safe Shield dan Pemeriksaan Kesihatan Bersama KEMAS Kaktus 1 dan 3
14 Disember 2024 | Aktiviti Terkini13 Disember 2024, Jumaat - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Program Safe Shield dan Pemeriksaan Kesihatan Bersama KEMAS Kaktus 1 dan 3. Program ini dimulakan pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Seramai 39 orang pelajar tabika KEMAS telah mengikuti program ini.
Program Safe Shiled merupakan sebuah program kesedaran dan pemahaman dalam kalangan masyarakat mengenai keselamatan digital dan pencegahan penipuan. NADI SAFE merupakan sebuah Program mengajar pelajar menggunakan internet dengan lebih berwaspada. Manakala NADI SHIELD untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan membantu mengenalpasti bentuk penipuan atas talian.
Pada program kali ini, pelajar tabika diberi penerangan terlebih dahulu mengenai keselamatan semasa melayari internet. Seterusnya pelajar diberi kertas mewarna Safe Shield untuk disiapkan dan dibawa pulang ke rumah. Selepas pelajar menyiapkan tugasan mereka, pelajar dipanggil seorang demi seorang untuk diperiksa kesihatan secara umum dengan mengambil ukuran tinggi dan berat setiap pelajar. Pemeriksaan kesihatan ini dikendalikan oleh Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 dengan menggunakan fasiliti yang telah disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: