Program Cuti Sekolah: Latihan STEM Origami Ular

9 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2024 (Sabtu) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan. Latihan STEM Origami Ular & Mewarna Digital Menggunakan Tablet. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3. Peserta terdiri daripada 7 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 14 tahun.

Pada permulaan kelas, Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 membuat tayangan video mengenai cara-cara membuat Origami Ular melalui Youtube. Kemudian pelajar diberi alatan seperti kertas warna dan gunting untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Tujuan utama kelas ini diadakan bagi meningkatkan kreativiti pelajar sambil mengasah motor skills mereka. Kelas diakhiri dengan sesi bergambar Bersama hasil Origami masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas