Kelas STEM Secara Dalam Talian Yang Berkonsepkan Sains

13 September 2024 | Aktiviti Terkini

12 September 2024 , Jumaat - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Kelas STEM secara dalam talian berkonsepkan Sains. Kelas ini telah diadakan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 3 orang pelajar Lelaki yang telah menyertai kelas ini. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam yang bermula pada jam 3.00 petang dan diakhiri pada jam 5.00 petang.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas STEM secara atas talian menggunakan laman sesawang engineering.com. Selain itu mereka berpeluang belajar mengenai stem games yang terdiri dari Dynamic System, Bridge Designer. Games ini memerlukan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyusun setiap bongkah kayu sehingga berjaya.

Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video rekacipta bangunan menggunakan laman engineering.com.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas