Kelas Mahir Foto
20 Januari 2025 | Aktiviti Terkini19 Januari 2025, Ahad – Pelajar Mahir Foto Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) Presint 9 Fasa 3 telah mengikuti kelas untuk Mahir Foto. Kelas Mahir Foto secara dalam talian ini telah dihadiri 1 orang pelajar perempuan. Kelas secara dalam talian ini berlansung selama 1 jam bermula dari pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang.
Antara manfaat kelas Mahir Foto ini ialah:
- Memperoleh pengetahuan baru tentang teknologi dan aplikasi digital terkini yang memfokuskan kepada seni gambar @ foto.
- Mengasah bakat pelajar untuk menjadi lebih kreatif di dalam penghasilan gambar yang untuk tujuan harian @ perniagaan.
- Berpeluang mempelajari teknik penggunaan aplikasi yang sesuai untuk menyunting imej dan memuat turun hasil kerja yang lebih menarik dan efektif.
- Meningkatkan kemahiran teknologi ICT dan kemahiran kendiri melalui penggunaan aplikasi di dalam talian atau telefon bimbit.
Dalam kelas ini juga, pelajar disarankan untuk sentiasa mencuba mengambil foto dengan berbekalkan ilmu yang telah dikongsikan oleh tenaga pengajar.
Kakitangan NADi Presint 9 Fasa 3 berbesar hati dapat menyediakan tempat untuk para peserta Mahir Foto menimba ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: