Webinar Siri Cyber Hygiene

19 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

18 Jun 2026, sesi keterlibatan program Webinar Siri Cyber Hygiene di NADI Presint 9 Fasa 3 bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang aspek keselamatan peranti dan rangkaian. Program ini dianjurkan bersempena Bulan Kesedaran Keselamatan Peranti dan Rangkaian.

Antara pengisian utama sesi ini ialah tutorial langkah demi langkah menyemak keselamatan aplikasi telefon serta penerangan tentang cara mengenal pasti kata laluan yang lemah dan kaedah melindungi peranti. Sesi ini amat bermanfaat khususnya kepada pengguna telefon pintar agar lebih berwaspada terhadap ancaman siber yang semakin meningkat.

Program ini telah melibatkan Puan Norhayati Ibrahim dan adik Anzalea Nur Zahra binti Che Badrol Bakarzi sebagai individu yang terlibat sepanjang pelaksanaan webinar. Kehadiran dan penglibatan mereka telah menyumbang kepada kelancaran program.

Secara keseluruhannya, penganjuran webinar ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan penjagaan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas